Dharmendran Dibekalkan Alat Sedutan Ketika Di Lokap - Sentri Lokap

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 7:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) pada Isnin diberitahu bahawa N. Dharmendran, yang ditemui mati dalam lokap polis dua tahun lepas, dibekalkan dengan alat sedutan (inhaler) ketika berada dalam tahanan.

Sentri lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) Lans KoperalMohd Azry Mohd Toyeb berkata ketika beliau ditugaskan menjaga lokap yang menempatkan Dharmendran, beliau memberikan alat sedutan itu terus kepada Dharmendran bagi memudahkannya menggunakan alat itu apabila memerlukannya.

"Saya bagi (alat sedutan) pada dia sepanjang masa sebab saya rasa benda itu penting untuk seorang yang ada asma. "Lagipun dia (Dharmendran) dengan saya (kedudukan) tak jauh, saya boleh perhatikan dia kalau dia nak buat benda lain. Ubat telan seperti pil-pil saya tak beri," katanya ketika memberi keterangan pada pendengaran awam EAIC berhubung kematian N. Dharmendran dalam tahanan polis pada 21 Mei 2013.

Mohd Azry yang kini bertugas di Bahagian MPV Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields merupakan saksi ke-21 yang dipanggil semula dalam pendengaran awam sesi ketiga di Bilik Pendengaran, Tingkat 13, Menara TH Perdana, di sini.

Ketika ditanya Pesuruhjaya EAIC Datuk Yaacob Md Sam adakah alat sedutan itudiberi kerana Dharmendran ketika itu dalam keadaan lelah, Mohd Azry berkata tidak, tetapi alat itu diberi kerana beliau bimbang melihat Dharmendran yang kelihatan penat dan kemungkinan akan diserang asma pada bila-bila masa.

"Setiap kali saya jaga dia (di lokap), saya akan beritahu pada dia, seeloknya awak peganglah benda ini (alat sedutan) sebab saya rasa benda ini penting," katanya sambil menambah beliau tidak pernah melihat Dharmendran menggunakan alat sedutan yang diberinya itu.

Beliau berkata Dharmendran akan menyerahkan alat sedutan itu kepadanya apabila dia dipanggil untuk soal siasat.

"Lepas habis bertugas saya akan ambil balik alat itu dan serahkan pada pengganti saya (sentri lokap lain) dan beritahu bahawa Dharmendran memerlukan alat sedutan ini kerana asma," katanya.

Dharmendran ditahan pada 11 Mei 2013 dan meninggal dunia pada 21 Mei 2013 ketika dalam tahanan di IPK KL.

Susulan itu empat anggota polis dari IPK KL ditahan dan didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian mangsa. 

Pada 12 Dis 2014, Mahkamah Tinggi di sini membebaskan empat anggota polis itu daripada tuduhan membunuh kerana mendapati tiada prima facie terhadap mereka. 

Perbicaraan bersambung pada Selasa.

Tags / Kata Kunci: EAIC , N.Dharmendran

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan