Pemuda Mengaku Tidak Bersalah Tikam Bilal Masjid

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2015 3:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pembantu dapur restoran makanan segera dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan mencederakan seorang bilal masjid di sebuah taman hiburan di sini dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhamad Affendi Aziz, 26, yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Siti Aminah Gazali.

Muhamad Affendi didakwa melakukan kesalahan tersebut di luar perkarangan Euro Fun Park, Jalan Kuantan-Gambang di sini lebih kurang pukul 11.30 malam pada 31 Ogos 2015.

Affendi didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah terhadap Tengku Shafiq Tengku Adam, 21, menggunakan sebilah pisau berwarna hitam berukuran 28 sentimeter dengan tulisan "Jungle King" tertera pada bahagian hulu pisau.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebat sekiranya sabit kesalahan.

Hakim Siti Aminah kemudian menetapkan bayaran jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh tidak dibenarkan keluar dari daerah Kuantan dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan  setiap bulan.

Hakim turut menetapkan tarikh 9 Oktober untuk sebutan semula kes

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wahidah Zainal Abidin.

Tags / Kata Kunci: Bilal Masjid , Pemuda

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan