Dua Lelaki Bangladesh Didakwa Kurung Rakan Senegara

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 5:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej dan pelayan bar warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mengurung rakan senegara, seorang operator kilang, di sebuah bilik, bulan lepas.

Hossain Murad, 24 dan Syeed Mohammad Al Hasan, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Mereka didakwa mengurung Monshe Shahid Ullah, 29, juga warga Bangladesh selama enam hari di dalam bilik utama sebuah rumah di No. 11-13, No. 568 Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh Dalam, di sini daripada pukul 1 pagi, 13 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 343 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 Oktober untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Nor Diana Nor Azwa manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan