Penganjur #KitaLawan Didakwa Di Bawah Akta Perhimpunan Aman - Berita Mahkamah | mStar

Penganjur #KitaLawan Didakwa Di Bawah Akta Perhimpunan Aman

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2015 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan #KitaLawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Maria Chin Abdullah, Mandeep Singh Karpal Singh, Sim Tze Tzin dan Fariz Talib didakwa mengikut Seksyen 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana menganjurkan protes jalanan dari Jalan Tun Perak ke pusat beli-belah Sogo di sini, pada pukul 3.15 petang hingga 6 petang pada 28 Mac.

Majistret Muhamad Faizal Ismail membenarkan ikat jamin RM500 dengan seorang penjamin bagi setiap seorang daripada mereka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan