Hudud Kelantan: Gerakan Tarik Balik Rayuan Terhadap Keputusan Mahkamah

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2015 9:26 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Gerakan menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu yang menolak saman pemula parti itu untuk mencabar kesahihan undang-undang Hudud Kelantan di sisi perlembagaan.

Seorang daripada peguam mewakili parti politik itu, Chai Ko Thing, berkata atas persetujuan kedua-dua pihak, Gerakan menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Mei tanpa mengeluarkan perintah berhubung kos.

"Ia penyelesaian secara baik terhadap perkara yang difailkan di Mahkamah Tinggi," katanya dan menurutnya Gerakan kini akan menumpukan pada perkara yang difailkan di Mahkamah Persekutuan.

Perkara itu ditetapkan bagi pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Zaini Fishir @ Fisal.

Tiga anggota Gerakan iaitu Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie memfailkan notis usul pada 8 Mei tahun ini bagi memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar kesahihan Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan 1993 (Pindaan 2015) atau lebih dikenali sebagai hudud, di sisi perlembagaan.

Dalam notis usul itu, anggota Gerakan berkenaan berkata Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang bagi menghukum perbuatan jenayah, yang boleh dihukum mengikut undang-undang Persekutuan.

Mereka mendakwa keputusan Dewan Undangan Negeri meluluskan pindaan itu adalah tidak sah dan batal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka menamakan kerajaan negeri Kelantan sebagai responden dalam notis usul itu.

Pada 7 Mei, Mahkamah Tinggi menolak saman pemula Gerakan untuk mencabar kesahihan Kanun Jenayah Syariah Kelantan di sisi perlembagaan, yang telah dipinda dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac tahun ini untuk memasukkan undang-undang bagi menghukum perbuatan jenayah seperti curi, rompak dan rogol yang telahpun tersenarai dalam Senarai Undang-Undang Persekutuan dan boleh dihukum di bawah undang-undang Persekutuan.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan saman Gerakan itu difailkan terlalu awal, menyatakan Gerakan sepatutnya terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan bagi penentuan persoalan dari segi perlembagaan.

Tags / Kata Kunci: Hudud , Parti Gerakan , PAS

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan