Penjara Dua Bulan Kerana Curi 18 Tin Air

Diterbitkan: Jumaat, 4 September 2015 3:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akibat mencuri 18 tin minuman alkohol di sebuah pasar raya, seorang pekerja sambilan sebuah hotel dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Jumaat.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd Rafizam Rosli, 24, selepas dia mengaku bersalah mencuri kesemua minuman itu di Pasaraya KK Supermart (beroperasi 24 jam) di Jalan Tasik Permaisuri 3, Dataran Dwitasik, Salak Selatan, Cheras, di sini pada pukul 5.24 pagi, 27 Ogos lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 27 Ogos.

Mohd Rafizam didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tags / Kata Kunci: Mahkamah , Curi , Alkohol

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan