Kamal Hisham Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah RM533,000

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 4:59 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang peguam yang ditahan polis Singapura semalam dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM533,000, lima tahun lepas.

Kamal Hisham Jaafar, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan minta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan pecah amanah berjumlah RM515,000 pada Disember 2009 terhadap syarikat Met Mint (M) Sdn. Bhd yang mahu menyewa ruang niaga di Bangunan JB Sentral.

Atas pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama melibatkan wang RM18,000 terhadap Point Convenience Shop Sdn. Bhd., terhadap tujuan sama pada Oktober 2010.

Kamal Hisham ketika itu merupakan pengarah Southern Ads Sdn.Bhd., yang diamanahkan oleh lembaga pengarah syarikat dengan penguasaan ruang niaga di JB Sentral.

Bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Haldar Abu Aziz membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin sementara menunggu kes tersebut disebut semula pada 30 Sept ini.

Sebagai syarat tambahan, Kamal Hisham diminta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu.

Kamal Hisham, yang menjadi buruan polis Malaysia sejak tiga tahun lepas, ditahan polis Singapura pada pukul 11.15 pagi semalam sebaik didapati  masuk ke negara itu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada malam Selasa dari Timur Tengah.

Menerusi waran tangkap Interpol yang dikeluarkan ke atasnya, dia kemudian dibawa pulang ke sini untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dijalankan oleh Ketua Unit Pendakwaan Negeri Johor, Saiful Edris Zainuddin bersama Timbalan Pendakwa Raya, Nor Iffa Zarilla manakala tertuduh diwakili peguam - S.Prakash, Mohd Ashram Zakaria, Hazza Khalid, G. Sritharan dan Gobing Singh Deo.

Semasa prosiding hari ini Saiful Edris, yang mengetuai pihak pendakwaan, meminta mahkamah supaya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana dia telah menghilangkan diri selama tiga tahun.

Bagaimanapun, Prakash berkata pihak pendakwaan tidak mempunyai alasan kukuh untuk membuat permohonan itu kerana gagal menunjukkan sebarang bukti jelas terhadap pertuduhan itu.

Tags / Kata Kunci: Mahkamah , Singapura , Pecah Amanah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan