Suami Cederakan Isteri Dihukum Penjara Tiga Bulan

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 7:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Rabu selepas mengaku bersalah mencederakan isterinya Ogos lepas.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman itu ke atas Ho Wan Seng, 29, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan, Lee Zi Ying, 22 yang juga ibu kepada kanak-kanak berusia 4 tahun pasangan itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak mencederakan kaki, kepala dan menumbuk pipi isterinya selepas berlaku perselisihan faham antara mereka berikutan mangsa telah memarahi tertuduh kerana enggan bekerja.

Wan Seng didakwa melakukan kesalahan itu di Blok E-8-2 Pangsapuri Aman Putra, Taman Aman Putra, Sentul di sini, kira-kira 1 pagi 29 Ogos, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Tertuduh juga mengaku bersalah atas pertuduhan kedua iaitu merosakkan perabot rumah milik mangsa di tempat dan waktu yang sama, mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.Bagi pertuduhan kedua itu, Ho dijatuhi hukuman penjara dua bulan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bagi kedua-dua pertuduhan secara serentak bermula dari tarikh dia ditangkap, pada 29 Ogos lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norazlin Mohamad Yusoff memohon hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira isteri seharusnya dilindungi suami, bukan dicederakan.

Ketika rayuan, Wan Seng yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan perlu menanggung isteri dan anak selain belum mempunyai pekerjaan yang tetap.

Di mahkamah sama, seorang lagi penganggur, Tan Wai Khuin, 27, dijatuhi hukuman penjara sebulan 15 hari selepas mengaku bersalah mencederakan ibunya, Joo Hui Wah, 46, dengan menampar muka mangsa sebanyak dua kali di sebuah rumah di 7-1, Blok A Shaw Road, Jalan Hang Tuah, Dang Wangi, di sini, kira-kira 6 petang, 30 Ogos lepas.

Bapa kepada anak berusia dua tahun itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Majistret Saifulakmal memerintahkan Tan yang tidak diwakili peguam menjalani hukuman dari tarikh ditangkap pada 31 Ogos lepas.

Norazlin memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira perbuatan mencederakan seorang ibu tidak wajar berlaku, sebaliknya seorang anak perlu menghormati wanita yang melahirkannya. -- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Saifulakmal Said , Ho Wan Seng

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan