Pesara TLDM Mengaku Tidak Bersalah Atas 14 Tuduhan Salah Guna Kuasa

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 1:01 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat Leftenan-Komander mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 14 pertuduhan salah guna kuasa kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak berjumlah RM833,332.50.

Tertuduh, Wan Fathurahman Wan Musa, 48, mengaku tidak bersalah memberi kontrak berkenaan kepada Syarikat Delima Evolusi Sdn Bhd dan Syarikat WTY Defcorp Sdn Bhd yang dimiliki ahli keluarganya, Wan Rahmat Marzuki Wan Musa, bagi pembekalan pelbagai barangan kepada tentera laut.

Beliau dikatakan melakukan kesalahan itu di sebuah bilik mesyuarat di depot bekalan di Pangkalan TLDM Lumut antara 11 Ogos 2011 dan 12 November 2012.

Wan Fathurahman yang ditahan pada Selasa, didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan denda lima kali ganda daripada jumlah suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.

Hakim, Rihaida Rafie menentapkan ikat jamin RM140,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sebelum pukul 4 petang 27 Oktober sekembalinya daripada menunaikan Haji.

Sebutan kes ditetapkan pada 3 November depan.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan