Bunuh: Dua Remaja Terlepas Hukuman Gantung

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 4:51 PM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Dua pemuda yang menghadapi tuduhan membunuh seorang remaja perempuan pada Disember 2010, terlepas daripada hukuman gantung berikutan Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001 yang melarang tertuduh bawah 18 tahun (ketika kejadian) dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Namun nasib kedua-dua tertuduh berumur 19 dan 21 tahun itu berada di bawah ihsan Sultan Johor yang akan menentukan tempoh hukuman penjara terhadap mereka selepas Mahkamah Tinggi di sini mendapati mereka bersalah membunuh remaja perempuan itu.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz, mendapati kedua-dua tertuduh bersalah membunuh dan seorang daripada mereka kerana merogol Siti Mazni Abdul Rahman, 14, di kebun kelapa sawit Kampung Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, Batu Pahat, pada 15 Dis 2010.

"Selepas mengambil kira bukti dan kenyataan saksi pendakwaan, saya dapati kedua-dua tertuduh bersalah membunuh dan seorang lagi merogol mangsa dalam kejadian itu. Walaupun mereka dikatakan berkelakuan baik sejak lima tahun lalu, saya perlu mengambil kira pembelaan kepada mangsa kerana berdasarkan kenyataan sebelum ini mangsa tidak melakukan sebarang provokasi tetapi dibunuh tertuduh.

"Bagaimanapun, mereka tidak boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana dilindungi Seksyen 97(1)(2) Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001," katanya selepas membacakan penghakimannya.

Zainal Azman berkata bagi pertuduhan pertama iaitu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, mereka didapati bersalah dan terpulang pada ihsan Sultan Johor untuk menentukan tempoh hukuman penjara.

Kedua-dua mereka didakwa dengan niat bersama membunuh gadis berkenaan pada 15 Dis 2010, kira-kira pukul 4.30 petang hingga 17 Dis 2010, pukul 5.30 petang di kebun kelapa sawit Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Tertuduh pertama yang kini berumur 21 tahun turut menghadapi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan iaitu merogol Siti Mazni pada 15 Dis 2010, kira-kira pukul 5 petang di tempat yang sama.

"Tertuduh pertama yang dituduh mengikut seksyen itu kerana merogol, dipenjara 10 tahun dan empat sebatan bermula tarikh tangkapan," katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Zairani Tugiran manakala tertuduh pertama diwakili Mohd Razak Sharif dan tertuduh kedua diwakili Mohd Radzi Yatiman.

Tags / Kata Kunci: Batu Pahat , Muar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan