Pengarah Syarikat Didakwa Buat Pernyataan Palsu

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 6:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat pelaburan bergelar 'Datuk' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan membuat pernyataan palsu berkenaan umpukan saham lima tahun lalu.

Datuk Mohamad Zahari Awang, 58, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Dia didakwa membuat pernyataan palsu berkenaan butiran yang material dalam Borang 24 bertarikh 6 Ogos bagi Syarikat TU-E Capital Berhad berkenaan umpukan saham sebanyak 490,000 unit kepada Syarikat Lightning Land Sdn Bhd, dan 1,715,000 unit kepada Syarikat Pubel Kaolin Mining Corporation Sdn Bhd dan Pubel Bedford Capital Limited sedangkan tidak ada bayaran dibuat ke dalam akaun Syarikat TU-E Capital Berhad.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Menara SSM@Sentral 7, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, di sini pada 28 September 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya.

Pegawai pendakwa SSM Muhammad Afif Abdullah menawarkan wang jaminan RM5,000 bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Zainal Abidin Zainuddin memohon mahkamah membenarkan jaminan RM1,000 dengan mengambil kira tertuduh perlu ke luar negara untuk urusan kerja membabitkan kos yang tinggi.

Hakim Zulqarnain membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 15 September untuk sebutan semula kes.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: TU-E Capital Berhad , Mahkamah Sesyen

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Kolumnis

iklan

Iklan