Bapa Pukul Anak, Isteri Dihukum Penjara Lima Bulan

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 8:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbuatan seorang bapa memukul anak lelaki dan isterinya sehingga cedera dibalas dengan hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman itu ke atas P. Gnasean, 51, seorang pemandu lori, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap anaknya berusia tujuh tahun dengan memukul kanak-kanak itu menggunakan batang penyapu.

Gnasean juga mengaku bersalah atas pertuduhan kedua iaitu mencederakan  isterinya, R. Santhi, 47, menggunakan besi aluminium langsir. 

Dia dijatuhi hukuman penjara lima bulan bagi setiap pertuduhan, bagaimanapun hanya perlu menjalani hukuman penjara lima bulan selepas Majistret mengarahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap, 25 Ogos lepas. 

Gnasean didakwa melakukan kesalahan itu di Kuil Om Sri Muniswaran Alayam, Bt 6 1/2 Jalan Ipoh, Sentul di sini, kira-kira 9 malam, 23 Ogos lepas, mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh memukul anaknya menggunakan batang penyapu selepas berlaku perselisihan faham antara mereka dan isterinya yang cuba meleraikan keadaan pula dipukul menggunakan besi aluminium langsir sehingga cedera di bahagian anggota badan. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran kepada tertuduh.

Ketika rayuan, Gnasean yang tidak diwakili peguam memohon agar tidak dikenakan hukuman penjara dan denda yang rendah atas alasan perlu menanggung isteri dan enam orang anak dan dia juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sama.

"Saya mohon maaf, saya menyesal. Saya tidak sedar semasa melakukan kesalahan itu," kata Gnasean di dalam kandang tertuduh.

Di mahkamah berasingan, dua suri rumah, Rosni Sapie, 33, dan Junaida Melal, 28, masing-masing dijatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM500 selepas mengaku bersalah mencuri barangan bayi dan pakaian wanita bernilai RM273.80 di pasaraya Aeon di Taman Maluri, Cheras di sini, kira-kira 5.52 petang, semalam.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda. 

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris memerintahkan mereka menjalani hukuman dari tarikh mereka ditangkap pada 31 Ogos lepas, dan sekiranya gagal membayar denda, mereka boleh dipenjara 14 hari. 

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kekerapan kes curi di dalam pasar raya tersebut. 
-- Bernama

Tags / Kata Kunci: P.Gnasean , besi aluminium

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan