Juruteknik Mengaku Tidak Bersalah Rogol Anak OKU

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 5:05 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN:  Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas pertuduhan merogol anak kandungnya berusia 11 tahun, yang juga Orang Kurang Upaya. 

Tertuduh berusia 37 tahun itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di rumahnya di Taman Tuanku Jaafar, Senawang dekat sini pada 12 Ogos lepas jam lebih kurang 2 petang sehingga 5 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun, atau dengan denda, atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin kerana tertuduh tinggal di dalam rumah yang sama dengan mangsa.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Kamarudin Kamsun kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamindan menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula kes.

Tags / Kata Kunci: Juruteknik rogol

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan