Tidak Serius Jadi Saksi, Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Pemilik Hotel

Diterbitkan: Rabu, 26 Ogos 2015 8:36 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pemilik hotel, Yeong Chin Wei @ Yeong Kun Wei, yang merupakan saksi pada perbicaraan kes pemerdagangan manusia yang dihadapi Yik Chui Yeong, kerana gagal hadir ke mahkamah.

Hakim Kamarudin Kamsun memerintahkan waran tangkap itu dikeluarkan kerana Yeong, 45, tidak memandang serius terhadap kes ini dengan tidak menghadirkan diri ke mahkamah pada hari ini.

"Kes pemerdagangan manusia ini membabitkan imej Malaysia di mata dunia.

"Ketidakhadiran saksi kerana sedang berada di Langkawi menunjukkan dia tidak memandang serius akan kes ini sedangkan mahkamah menangguhkan banyak kes lain untuk menyelesaikan kes ini secepat mungkin," katanya.

Kamarudin turut mengarahkan agar satu perintah sapina dikeluarkan terhadap seorang anggota forensik yang bertugas di Makmal Forensik PDRM yang terletak di Cheras, Selangor untuk hadir ke mahkamah.

Yeong dan anggota forensik terbabit merupakan saksi kepada Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farid Mohd Mokhtar.

Yik, 41, didakwa atas empat pertuduhan memperdagangkan empat wanita warga asing bagi maksud eksploitasi di Time Hotel, Jalan Sungai Ujong, Bandar Seremban, di sini pada 6.45 petang, 11 Mac lepas.

Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Hazrin Alif Wahab, didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak lebih RM500,000 bagi setiap pertuduhan.

Sebanyak tiga saksi pendakwaan memberi keterangan di mahkamah hari ini.

Perbicaraan bersambung pada Jumaat ini. 

Tags / Kata Kunci: Seremban , Mahkamah , Pemerdagangan Manusia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan