Bunuh Majikan: Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembebasan Pembantu Rumah Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 25 Ogos 2015 12:15 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Selasa mengekalkan pembebasan pembantu rumah Indonesia daripada pertuduhan membunuh majikannya di Kelantan, lima tahun lepas.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan menarik balik rayuannya terhadap pembebasan Wilfrida Soik, 24, daripada pertuduhan membunuh Yeap Seok Pen di sebuah rumah di Kampung Lubok Tapah, Pasir Mas, antara 11 pagi dan 12.30 tengah hari pada 7 Disember 2010.

Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu yang mengarahkan Wilfrida dihantar ke Hospital Permai, Johor bagi menjalani penilaian mental dan ditahan di hospital itu bagi tempoh mengikut perkenan Sultan Kelantan.

Peguam mewakili Wilfrida, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya kini ditahan di Hospital Permai.

Mahkamah dengan itu mengetepikan rayuan itu.

Wilfrida kelihatan tenang semasa mahkamah menyampaikan keputusan itu.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Ahmadi Asnawi dan Vernon Ong Lam Kiat.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar.

Pada 7 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi membebaskan Wilfrida daripada pertuduhan membunuh selepas mendapati dia mengalami gangguan mental semasa kejadian itu.

Sebanyak 26 saksi pihak pendakwaan dan tujuh saksi pihak pembelaan memberikan keterangan sepanjang perbicaraan.

Di luar mahkamah, Muhammad Shafee memberitahu pemberita, pihak pembelaan akan memfailkan petisyen bagi memohon perkenan Sultan Kelantan supaya anak guamnya dibebaskan dan dihantar pulang ke Indonesia.

"Berdasarkan laporan mental, harapan Wilfrida untuk dibebaskan amat cerah sekali," kata Muhammad Shafee.

Calon pilihan raya presiden Indonesia 2014, Prabowo Subianto, daripada Partai Gerakan Indonesia Raya, yang turut hadir merakamkan penghargaan kepada Muhammad Shafee.

Tags / Kata Kunci: bunuh , majikan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan