Kes Sosilawati: Mahkamah Rayuan Diberitahu Tentang Penemuan Cebisan Tulang, Sisa Kayu Api

Diterbitkan: Isnin, 17 Ogos 2015 10:14 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Polis menemui cebisan tulang manusia dan sisa kayu api, yang digunakan untuk membakar mayat-mayat mangsa, berdasarkan maklumat daripada dua tertuduh, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu Isnin.

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin berkata petunjuk utama yang mengukuhkan kes pendakwaan ialah apabila T.Thilaiyalagan dan R.Kathavarayan membawa polis kepada penemuan beberapa barang bukti yang dilupuskan mereka.

Thilaiyalagan dan Kathavarayan menunjukkan tempat di mana cebisan tulang manusia dan abu dibuang ke dalam Sungai Panchau, katanya sambil menjelaskan bahawa Kathavarayan adalah yang pertama menunjukkan tempat tulang dan abu mayat itu.

Menurutnya Kathavarayan dan Thilaiyalagan serta lelaki ketiga U. Suresh juga membawa polis ke tempat lain untuk mengambil barang-barang yang menjadi bahan bukti.

Suresh kini menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan barang bukti berkaitan pembunuhan.

Saiful Edris berkata tiga telefon bimbit milik pembantu Datuk Sosilawati Lawiya dijumpai di kunci air Pasar Besar Banting selepas Kathavarayan dan Thilaiyalagan membawa polis ke sana.

Beliau berkata sebuah jam tangan Seiko Honda Racing Team milik pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, turut dijumpai selepas kedua-dua tertuduh dan Suresh membawa polis ke Jambatan Sungai Endah.

Kathavarayan dan Suresh juga membawa polis ke Jambatan Sungai Endah dan menemui sebuah jam tangan 'Bell  and  Ross' kepunyaan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, katanya.

Menurutnya Thilaiyalagan membawa polis ke tempat pembuangan sampah Sungai Arak, di mana 14 sisa kayu api yang digunakan untuk membakar mayat mangsa ditemui.

"Setibanya di situ, perayu kedua (Thilaiyalagan) berkata: 'Kayu ini gunakan bakar mereka'," kata beliau.

Saiful Edris berkata Thilaiyalagan dan Suresh turut membawa polis ke Sungai Kelanang yang membawa kepada penemuan enam kepingan zink yang digunakan sebagai tapak untuk membakar mayat-mayat mangsa.


Saiful Edris berhujah demikian pada prosiding mendengar rayuan yang dikemukakan oleh bekas peguam N. Pathmanabhan, 45, dan pekerja ladang iaitu Thilaiyalagan, 23, R.Matan, 24 dan Kathavarayan, 35, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mensabitkan dan menjatuhi hukuman mati terhadap mereka kerana membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, Ahmad Kamil, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin, 44.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010.

Saiful Edris berkata Suresh juga membawa sepasukan polis ke Subang Jaya, tempat kereta BMW X5 berwarna hitam yang digunakan oleh Sosilawati pada hari beliau ke Banting, ditemui di dalam longkang.

Beliau berkata maklumat yang diberi oleh kedua-dua tertuduh dan Suresh hingga menghasilkan penemuan barang-barang itu di sekitar Banting dan Subang Jaya, boleh diterima.

Saiful Edris berhujah bahawa Pathmanabhan mempunyai motif untuk membunuh  Sosilawati kerana dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk cek bernilai RM3 juta dan RM1 juta yang perlu dibayar kepada Sosilawati hasil penjualan tanah di Pulau Pinang.

Perbicaraan di hadapan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Aziah Ali bersambung pada Isnin.

Tags / Kata Kunci: kes Sosilawati

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan