The Edge Gagal Tangguh Arahan Penggantungan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohanan The Edge Communications Sdn Bhd untuk menangguhkan arahan penggantungan dua penerbitannya, The Edge Financial Daily dan mingguan The Edge Weekly selama tiga bulan.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan tersebut di dalam kamar pada Jumaat.

Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke Yee Ching yang mewakili Menteri Dalam Negeri berkata permohonan tersebut ditolak atas alasan bahawa The Edge tidak akan mengalami kemudaratan.

Pada 23 Julai lalu, Kementerian Dalam Negeri menggantung permit The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan.

Berdasarkan surat yang dihantar kepada ketua pengarang syarikat itu, Ahmad Azam Mohd Aris, KDN memaklumkan bahawa laporan mengenai 1MDB oleh The Edge adalah memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan dan kepentingan negara.

Sekiranya gagal mematuhi arahan penggantungan, tindakan pembatalan permit permit terhadap kedua-dua penerbitan itu akan dibuat.

Tags / Kata Kunci: The Edge Communications Sdn Bhd , KDN

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan