Ahli Perniagaan, Pensyarah Didenda RM150,000 Kerana Dokumen Palsu

Diterbitkan: Rabu, 12 Ogos 2015 4:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan dan seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam masing-masing didenda RM150,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu, melibatkan transaksi bernilai lebih RM1 juta.

Hakim Rosbiahanin Arifin menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Samad Sapari, 51, dan Abdul Aziz Abdul Kadir, 51, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu antara 24 Ogos 2009 sehingga 23 Februari 2010.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM15,000 atau enam bulan penjara bagi setiap pertuduhan.

Samad dan Abdul Aziz didakwa menggunakan dokumen iaitu empat invois palsu dengan transaksi berjumlah RM380,000 di pejabat Monitoring  and  Government Liaison, Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd, Menara Yayasan Tun Razak, di sini, pada pukul 8 pagi hingga 6 petang, 24 Ogos 2009.

Mereka juga didakwa melakukan kesalahan yang sama melibatkan enam invois dengan transaksi berjumlah RM666,059.66 di tempat yang sama antara 8 pagi dan 6 petang pada 23 Februari 2010.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pada 27 Jun 2013, Samad dan Abdul Aziz didakwa atas 20 pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan RM2 juta bagaimanapun kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah sehingga perbicaraan berlangsung dan mereka dipanggil membela diri pada 25 Mei lepas.

Hari ini, kedua-dua tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah selepas dibacakan 10 pertuduhan pindaan yang membabitkan pertuduhan menggunakan dokumen palsu namun dengan jumlah kerugian berbeza.

Terdahulu ketika rayuan, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed mencadangkan mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum antara RM10,000 sehingga RM15,000 dengan mengambil kira beberapa faktor antaranya kedua-dua tertuduh merupakan penanggung utama keluarga dan mempunyai anak yang masih belajar. 

Ketika ditanya Hakim Rosbiahanin apakah punca utama kedua-dua tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah, Sukri berkata pengakuan bersalah itu adalah kerana tertuduh mahu lebih bertanggungjawab dan memulakan kehidupan baharu.

"Tertuduh pertama, Samad juga merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat pembuatan kit ujian perubatan, sebagai seorang pengarah syarikat beliau mempunyai 12 orang pekerja yang bergantung hidup kepadanya. Tertuduh juga aktif dalam bidang inovasi dan beri sumbangan pada alam sekitar dan tidak mahu inovasi yang dijalankan tertangguh.

Manakala Abdul Aziz sebagai pensyarah juga diberi kebenaran untuk menjalankan perniagaan yang mana sejak kes ini disiasat, tertuduh mengalami kerugian dalam perniagaan dan kini beliau mahu meneruskannya (perniagaan)," katanya.

Hakim Rosbiahanin menasihati kedua-dua tertuduh agar berfikir panjang sebelum membuat keputusan bagi mengelak pembaziran masa sehingga membebankan banyak pihak ekoran kes itu telah sampai ke peringkat perbicaraan yang memanggil banyak saksi.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat umum.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan