Padah Curi Pakaian Kanak-Kanak, Pelayan Hotel Dipenjara, Denda

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 3:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pelayan hotel mencuri pakaian kanak-kanak di sebuah pasar raya membawa padah apabila dia dihukum penjara dan denda oleh Mahkamah Majistret di sini.

Muhammad Risda Baharom, 36, dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM500 selepas dia mengaku bersalah mencuri 30 helai pakaian termasuk baju dan seluar berjenama Anakku dan Camel Active, yang kesemuanya bernilai RM1,978.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Aeon Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail, Dang Wangi dekat sini pada 9.40 malam, 10 Ogos.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Majistret Nur A'minahtul Mardhiah Md Nor memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh dia ditangkap semalam atau dipenjara lagi sebulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Terdahulu, Muhammad Risda yang kelihatan tenang semasa merayu supaya hukuman ringan dikenakan terhadapnya berkata dia tidak mahu dipenjara kerana perlu menjaga dua anak berumur 10 dan 11 tahun yang masih bersekolah disebabkan telah bercerai dengan isteri.

"Jika saya dipenjara akan timbul masalah pada anak-anak saya yang kini dijaga oleh ibu mertua," katanya yang tidak diwakili peguam.

Ketika ditanya Majistret Nur A'minahtul mengapa dia mencuri, Muhammad Risda berkata:"Saya curi pakaian itu untuk dijual bagi membayar yuran van sekolah anak".

Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin bagaimanapun memohon hukuman berbentuk pengajaran dijatuhkan dengan alasan mencuri bukan jalan penyelesaian untuk menangani masalah.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang telah meletakkan barang yang dicuri dalam beg kertas telah ditangkap oleh seorang pengawal keselamatan yang melihat perlakuannya itu melalui rakaman kamera litar tertutup.

Pemeriksaan yang dijalankan menjumpai 30 helai pakaian kanak-kanak yang masih belum dibayar. -- Bernama


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan