Penganggur Didenda Buat Gigitan Cinta Ke Atas Gadis Bawah Umur

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 4:55 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang penganggur berusia 24 tahun didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah membuat 'gigitan cinta' terhadap seorang gadis bawah umur.

Majistret, Firdaus Zainal Abidin mengarahkan denda ke atas Ahmed Ezainie Shafizie Sazali atau penjara dua bulan kerana kesalahannya menggunakan kekerasan kepada seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Jalan Pair Ho, Kampung Pasir Ho pada pukul 1 pagi 5 Disember tahun lalu.

Ahmed didakwa di bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Syahrun Nizam memohon supaya hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Peguam yang mewakili Ahmed, Wan Mohd Ikram dalam rayuannya memohon mahkamah supaya mengenakan denda maksimum dan bukannya hukuman penjara dengan alasan bahawa tertuduh adalah penganggur dan ia merupakan kesalahan pertamanya.

Denda berkenaan dibayar oleh ibu bapa Ahmed.


iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan