Bekas Model Tanggal Baju Di Petaling Street Stabil Dan Waras Untuk Dibicarakan

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2015 12:20 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret menetapkan 27 Ogos ini untuk sebutan semula dan penyerahan dokumen dalam kes melibatkan bekas model dari Sabah yang dituduh menanggalkan pakaian di Petaling Street.

Menurut penilaian psikiatri hospital yang dibacakan di mahkamah, Persana Avril Sollunda, 32,  adalah 'tidak waras' pada masa kejadian 23 April di mana dia telah menanggalkan baju dan colinya selepas gagal membayar bil nasi ayam berjumlah RM18.

Walau bagaimanapun, dia telah dianggap stabil dan layak dibicarakan pada ketika ini.

Perbicaraan dijadualkan berlangsung dari 11-13 Januari.

Persana kelihatan tenang di mahkamah dan menggayakan jaket kulit hitam bersama baju oren-coklat, seluar jeans hitam dan kasut bertumit tinggi.

Dia diiringi oleh adik lelakinya Peter Alvin.

Selepas meninggalkan kamar mahkamah, Persana didengar memberitahu peguamnya Kevin Tan, "Saya mahu menghubungi ibu saya".

Dia enggan mengulas lanjut dan meminta pertanyaan dirujuk kepada Tan, yang berkata mereka akan meneruskan perbicaraan itu tanpa apa-apa permohonan.

Bagaimanapun, dia kemudian berkata "Saya okay...By the way, saya juga peminat Putera Harry."

Bekas model dan pekerja spa ini mengaku tidak bersalah pada 28 April di bawah pertuduhan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di khalayak ramai selepas video dia menanggalkan baju dan coli menjadi viral. 

Pada 29 Mei, Majistret Nur A'minahul Mardiah Md Nor telah mengarahkan Sollunda, 32, yang ditempatkan di hospital Bahagia di bawah Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah untuk penilaian psikiatri selama sebulan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan