Ketua Pengarah Tourism Malaysia Lega Bebas Tuduhan Pecah Amanah

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 11:36 AM

Mirza Mohammad Taiyab

Mirza Mohammad Taiyab Beg.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan keputusan membebaskan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab Beg daripada tuduhan melakukan pecah amanah melibatkan wang bernilai RM888,000.

Pada Jumaat, Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.

Mirza, 57, berkata beliau lega dan gembira dengan keputusan mahkamah itu.

Hakim Mahkamah Sesyen Che Mohamad Zulkifly Jusoh memutuskan pada 17 Mei 2012 bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mirza dan membebaskannya tanpa dipanggil untuk membela diri.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan