Mahkamah Rayuan Kurangkan Ganti Rugi Kes Saman Terhadap Khalid Samad - Berita Mahkamah | mStar

Mahkamah Rayuan Kurangkan Ganti Rugi Kes Saman Terhadap Khalid Samad

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 7:22 PM

Khalid Samad

Khalid Samad

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini mengurangkan jumlah ganti rugi daripada RM300,000 kepada RM200,000 yang harus dibayar anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad kepada Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati) Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berhubung kenyataan berbaur fitnah.

Barisan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak rayuan Khalid ke atas liabiliti dan keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkannya membayar RM200,000 kepada Hasan sebagai ganti rugi am.

Beliau, bagaimanapun, membenarkan rayuan Khalid untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar RM100,000 sebagai ganti rugi teruk kepada Hasan.

Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim juga menganggotai panel itu bersama Hakim Alizatul.

Pada 31 Oktober 2013, Mahkamah Tinggi membenarkan saman Hasan selepas memutuskan bahawa beliau berjaya membuktikan bahawa Khalid membuat kenyataan itu dengan niat jahat.

Pada 27 November 2013, Mahkamah Tinggi, dalam prosiding untuk menilai ganti rugi dalam perkaran itu, telah memerintahkan Khalid membayar RM200,000 kepada Hasan sebagai ganti rugi am dan RM100,000 sebagai ganti rugi teruk.

Hasan, yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan anggota exco negeri memfailkan saman ke atas Khalid kerana mendakwa Khalid telah menuturkan perkataan fitnah ke atasnya dalam sidang media pada 24 Februari 2012.

Hasan mendakwa bahawa Khalid seterusnya menerbitkan perkataan fitnah itu dalam artikel dalam blognya dan wartawan dalam sidang media kemudian menyiarkan perkataan-perkataan itu dalam portal berita "mstar" dan "Malaysiakini".

Khalid diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin sementara Hasan diwakili peguam Hasnal Rezua Merican.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Khalid Samad , Jati , fitnah
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan