Ibrahim Ali Tarik Balik Rayuan Terhadap Kolumnis The Star

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 8:10 PM

Ibrahim memutuskan untuk menarik balik permohonan rayuan terhadap Chun Wai (kanan).

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menarik balik permohonan rayuan terhadap kolumnis, Datuk Seri Wong Chun Wai untuk mengemukakan saman fitnah berhubung kenyataannya berkaitan pembakaran Bible.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Harith Sham Mohamed Yasin dimaklumkan berhubung perkara itu.

Chun Wai yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Star Media Group Bhd pada 11 Mei berjaya dalam permohonan untuk membatalkan saman terhadapnya dan Star Publications (M) Bhd.

Peguam kedua pihak berkenaan, Yee Mei Ken berkata, pihaknya menerima surat bertarikh 5 Ogos daripada Messrs Adnan Sharida & Associates bagi menyampaikan arahan Ibrahim untuk menarik balik rayuan tanpa sebarang kos.

"Wong bersetuju dengan penarikan balik rayuan itu.

"Timbalan Pendaftar mengarahkan peguam Ibrahim untuk memfailkan notis untuk tidak meneruskan prosiding dalam masa dua minggu bagi menamatkan perkara ini," kata Mei Ken.

Peguam, Teh Soo Jin yang tampil mewakili Chun Wai dan Star Publications pada Khamis berkata, timbalan pendaftar telah meminta supaya kedua pihak menandatangani notis sebagai pengesahan keputusan menarik balik rayuan itu.

Beliau berkata, Adnan Seman yang mengetuai barisan peguam Ibrahim telah memaklumkan kepada timbalan pendaftar berhubung keputusan itu.

Adnan mengesahkan notis rayuan itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan pada 10 Jun.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam, M. Gunalan menetapkan artikel yang ditulis Chun Wai menerusi kolum mingguannya, On The Beat tidak menyampaikan sebarang maksud menfitnah terhadap Ibrahim.

Tags / Kata Kunci: Ibrahim Ali , Wong Chun Wai , On The Beat

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan