Penganggur Dipenjara Enam Bulan, Sekali Sebatan Kerana Curi Coklat

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 7:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur yang tidak serik selepas baharu dua minggu dibebaskan atas kesalahan dadah, dipenjarakan sekali lagi kerana mencuri di sebuah pasar raya.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas Zaihairi Don, 31, selepas dia mengaku bersalah mencuri 12 paket coklat Cadbury di pasar raya Cold Storage, Berjaya Times Square, Jalan Imbi di sini pada pukul 10.30 pagi, Selasa.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap, Selasa.

Zaihairi didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kedua atau yang kemudian hendaklah dihukum dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Ashraf Rezal turut memerintahkan tertuduh disebat sekali kerana ini merupakan kesalahan mencuri kali kedua selepas melakukan kesalahan pertama pada 2014.

Dia dipenjara lima bulan tahun ini atas kesalahan memiliki dadah.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa minta mahkamah menjatuhkan hukuman berat bagi mencegah tertuduh mengulangi kesalahan, tetapi Zaihairi yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan kerana katanya, dia perlu menanggung tiga adik.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Zaihairi Don , Cadbury

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan