Pemandu Teksi Didakwa Tunjuk Kemaluan Kepada Pelajar Sekolah

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 5:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menunjukkan kemaluannya kepada dua pelajar sekolah, hujung bulan lepas.

Shatul Hameed Batusha Abdul Kader, 37, didakwa menunjukkan kemaluan kepada dua pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun di hadapan sebuah sekolah di Jalan Foss, di sini kira-kira pukul 3.50 petang, 30 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa menawarkan jaminan RM8,000, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jaminan dengan alasan dia berpendapatan rendah dan perlu menyara dua anak.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan antaranya tertuduh dilarang mendekati atau menganggu mangsa dan saksi.

Tertuduh juga dilarang membuat sebarang kenyataan umum berkaitan kes itu di media sosial dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Dang Wangi setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 9 Sept untuk sebutan semula kes.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: pemandu teksi , Jalan Foss , kemaluan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan