Bekas Pengerusi NGO Mengaku Salah Beri Projek Kepada Suami

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2015 12:41 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Bekas Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Cawangan Maokil 2, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu atas pertuduhan menggunakan jawatannya sebagai pengerusi pada 2012 untuk memberikan projek bernilai RM40,000 kepada syarikat milik suaminya.

Tertuduh Khatijah Mohamad, 30, didakwa menggunakan jawatan itu untuk membuat keputusan dan melakukan pindaan dana persatuan agar projek pembinaan pusat memancing dan taman rekreasi MBFM diberikan kepada Syarikat Berkat Sri Kreatif milik Ruzaidy Ibrahim, 30, yang kini merupakan bekas suaminya.  

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 3 Okt 2012, kira-kira pukul 1.20 petang di hadapan Maybank Cawangan Labis. 

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan.

Bagaimanapun, dalam rayuannya, Khatijah meminta diringankan hukuman dan denda atas alasan tidak mempunyai pengetahuan tentang undang-undang dan disebabkan itu, dia terdorong melakukan tindakan berkenaan. 

"Saya tidak pernah diberitahu atau ditegur mana-mana pihak bahawa tindakan saya itu salah.

"Saya hanya tahu apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan pada waktu itu, saya juga ingin membantu suami yang ketiadaan projek sejak sekian lama," katanya.

Hakim Mohd Haldar Aziz menetapkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM200,000 ke atas tertuduh. 

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Noor Fazlin Hamdan.

Tags / Kata Kunci: Majlis Belia Felda Malaysia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan