SPRM Pahang Dakwa Penguatkuasa Terlibat Rasuah Khamis Ini

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 3:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang akan mendakwa enam penguatkuasa agensi kerajaan yang terlibat dalam kes meminta dan menerima rasuah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini Khamis ini.

Pengarah SPRM Negeri, Datuk Zainul Idrus berkata,  enam penguatkuasa berkenaan akan dituduh di bawah Seksyen 17(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

"Keenam-enam mereka adalah penguatkuasa lelaki yang berumur dalam lingkungan umur 20-an hingga 50-an dan terlibat dalam operasi menahan lori di kawasan Muadzam Shah-Rompin hujung Disember lepas yang melibatkan suapan berjumlah RM30,000," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penerangan SPRM bersama ketua-ketua jabatan dan komuniti serta sambutan Hari Raya di sini, Selasa.

Dalam pada itu Zainul berkata pihaknya menerima maklum balas positif dan menerima sokongan dari kalangan masyarakat dalam usaha SPRM membanteras gejala rasuah terutama dalam isu pembalakan di negeri ini.

"Kita juga ingin maklumkan kepada orang awam jangan khuatir untuk memberi maklumat atau melaporkan kepada SPRM jika berlaku sebaran kes rasuah.

"Kita akan cuba sedaya upaya siasat dan pastikan pelaku yang terlibat akan diseret ke muka pengadilan dan didakwa di mahkamah," katanya.--Bernama


Tags / Kata Kunci: Zainul Idrus , SPRM , Pahang

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan