Nilai Saham Cukup Bayar Tuntutan Bekas Isteri - Mahmud

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 5:17 PM

Mahmud Abu Bekir Taib.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa nilai pegangan sahamnya di Cahya Mata Sarawak Berhad adalah mencukupi untuk membayar tuntutan mutaah sebanyak RM100 juta yang difailkan bekas isterinya, Shahnaz A.Majid.

Mahmud yang juga anak lelaki kepada Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud berkata demikian bagi menjawab soalan peguam Syarie Shahnaz, Dr Mohd Rafie Shafie semasa pemeriksaan balas dalam tuntutan mutaah semasa perbicaraan penyelesaian perceraian pada Selasa.

Dr Rafie turut mempersoalkan Mahmud, 52, sama ada kedua-dua pihak bersetuju dengan nilai pegangan sahamnya di Cahya Mata Sarawak sudah cukup untuk membayar tuntutan tersebut.

Untuk ini, Mahmud menjawab, "Ya".

Ketika Dr Rafie menghabiskan soalan terakhirnya, peguam Mahmud, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar memohon tarikh lain kerana beliau belum bersedia untuk mengkaji semula kliennya.

Dr Rafie mencelah bahawa ia adalah taktik defendan untuk menangguhkan kes tersebut.

Peguam bersama mewakili Shahnaz, Akbardin Abdul Kader kemudiannya berkata peranan sebenar pemeriksaan balas adalah untuk menambah apa-apa soalan yang tidak diberitahu lebih awal.

Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Abdul Wahab kemudiannya membenarkan penangguhan tersebut dan menetapkan 17 Ogos ini sebagai tarikh perbicaraan kes.

Kakak kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid itu menuntut RM400 juta termasuk RM300 juta tuntutan bagi harta sepencarian, sebagai sebahagian daripada penyelesaian perceraian.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan