Tertuduh Kes Bunuh Anak Kandung Dirujuk Ke Hospital Permai Di Johor

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 3:22 PM

Suri rumah, Daphne Phang diriingi polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah, Selasa, atas tuduhan membunuh anaknya, Evan Chee Xin Ci berusia setahun 10 bulan di Pulau Sebang.

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Mahkamah Majistret di sini membenarkan seorang suri rumah, yang dituduh membunuh anak kandungnya, supaya dirujuk ke Hospital Permai di Johor bagi pemeriksaan psikiatrik.

Majistret Nor Azizah Yusof membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam dan menetapkan 8 September untuk sebutan semula kes.

Nabilah berkata pemeriksaan itu bagi menilai sama ada tertuduh layak membuat pengakuan atau dibicarakan selain menilai tahap mental tertuduh.

Daphne Phang Mei Kei, 26, didakwa membunuh anak perempuannya Evan Chee Xin Ci berusia setahun 10 bulan di rumahnya beralamat No. PS 2237, Jalan Padi Indah Utama, Taman Padi Indah, Pulau Sebang di sini pada 5.30 petang, 20 Julai lepas.

Phang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam.-- Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan