Bekas Setiausaha Syarikat Mengaku Tak Bersalah Pecah Amanah - Berita Mahkamah | mStar

Bekas Setiausaha Syarikat Mengaku Tak Bersalah Pecah Amanah

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2015 5:26 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas setiausaha syarikat pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Selasa terhadap pertuduhan pecah amanah wang RM160,000 milik majikannya, tahun lepas.

Jenifer Albert, 27, didakwa semasa memegang jawatan setiausaha syarikat berkenaan telah memasukkan wang berkenaan ke dalam tiga akaun milik rakannya dan seorang bekas pensyarah, di MTM Millennium Holdings, Tingkat 31, Menara TA One, Jalan P. Ramlee di sini, antara 6 Februari  dan 15 April 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Hafizah Kamaludin tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam namun dia yang masih bujang memohon mahkamah membenarkan jaminan kerana perlu menanggung keluarganya.

Hakim Norsharidah Awang membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 September ini untuk sebutan semula kes.

Tags / Kata Kunci: pecah amanah
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan