Laporan Mental Wanita Tanggal Baju Di Jalan Petaling 10 Ogos - Berita Mahkamah | mStar

Laporan Mental Wanita Tanggal Baju Di Jalan Petaling 10 Ogos

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 4:19 PM

Persana Avril Sollunda.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini Isnin menetapkan 10 Ogos untuk mengetahui laporan pemeriksaan mental bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai, April lepas. 

Majistret Nur 'Aminahtul Mardiah Md Nor menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memaklumkan pemeriksaan mental terhadap Persana Avril Sollunda, 33, telah selesai dilakukan tetapi pegawai penyiasat tidak sempat membawanya ke mahkamah pada Isnin.

"Pegawai penyiasat memaklumkan tertuduh baru sahaja dikeluarkan dari hospital (Hospital Tanjung Rambutan, Perak) pada Jumaat lepas, dan laporan itu tidak sempat dibawa hari ini. Saya cadangkan satu tarikh untuk mendapatkan laporan tersebut," katanya semasa sebutan semula kes itu.

Persana Avril didakwa menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas. Gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial.

Dia didakwa terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam Kelvin Tan mewakili tertuduh.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan