Mekanik Didakwa Cabul Kanak-Kanak

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 7:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah tadika, April lepas.

Mohd Hafiza Wan Mohd Aris, 39, didakwa menyentuh kemaluan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di sebuah pejabat tadika di Bandar Tasik Selatan, Cheras, di sini antara pukul 8 pagi sehingga 10 malam, 13 April.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, N.Joy Jothi menawarkan jaminan RM10,000, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan dengan alasan dia kini sudah kehilangan pekerjaan serta perlu menanggung anak dan ibunya.

Majistret Muhamad Faizal Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati atau mengganggu saksi pendakwaan dan sekiranya dia melanggar syarat itu, wang jaminan akan ditarik balik.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos untuk sebutan semula kes. 

Tags / Kata Kunci: Cabul , Mekanik

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan