Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Pada Hari Raya Kedua

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 1:55 PM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya pada hari raya kedua lalu.

Norhalis Mohamad Zaid, 29, didakwa membunuh Noor Salwana Wahab, 28, di Kilometer 163, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan, di sini pada pukul 9.20 pagi, 18 Julai lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang bekerja sendiri, namun tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilla Md Ali mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, tertuduh yang berasal dari Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan dadah jenis amphetamine pada jam 2 petang, 21 Julai lalu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Maran, di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun dan pengawasan antara dua hingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Nur Syafiqah menetapkan 7 September sebagai tarikh sebutan semula.

Tertuduh yang ditangkap pada 21 Julai lalu diwakili peguam Bob S.Arumugam.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat wanita berbalut dengan kain tebal selepas kereta yang dipandu teman lelakinya terbabas di LPT, dipercayai akibat mengantuk, pada 18 Julai lalu.

Mangsa yang bekerja sebagai jurutol dan tidak bercuti raya ditemui di tempat duduk hadapan dengan kecederaan di bahagian leher sementara pemandu kereta patah tulang rusuk.

Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Jengka di sini, dan keraguan timbul ekoran tiada kecederaan luaran pada tubuh mangsa selain keadaan mukanya seperti lemas sebelum pihak forensik mengesahkan kematian mangsa akibat kecederaan di leher.

Mangsa yang berasal dari Felda Chini dekat sini, dan difahamkan mengenali lelaki itu sejak tiga tahun lalu.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: LPT , Noor Salwana Wahab

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan