Peguam Didakwa Pecah Amanah Babitkan Wang Tunai

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 12:33 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang tunai bernilai RM73,450 bagi kegunaan sendiri.

W.B John Willibrod Concisom, 49, dari Ipoh Garden South, di sini, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Tertuduh yang memakai baju penjara hijau didakwa melakukan pecah amanah jenayah iaitu beliau sebagai peguam menyalahgunakan wang tunai bernilai RM59,800 bagi kegunaan sendiri di pejabat guaman tetuan Concisom  and  Co, No. 2, Jalan Seenivasagam, di sini, antara 1 Ogos 2010 hingga 31 Dis 2010.

Tertuduh juga didakwa atas alasan sama membabitkan wang tunai bernilai RM13,650 di pejabat guaman berkenaan, antara 1 Januari 2011 hingga 31 Jan 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof berkata pertuduhan tersebut adalah kesalahan tak boleh jamin kerana membabitkan jumlah sangat besar.

Peguam Sukdev Singh, yang mewakili tertuduh, bagaimanapun tidak memohon  jaminan terhadap tertuduh kerana tertuduh sedang menjalani hukuman penjara di sebuah penjara di atas kesalahan lain.

Rushan Lutfi menetapkan 1 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Tags / Kata Kunci: Peguam , Mahkamah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan