1MDB: Kerani Penghantar Surat Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 10:27 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerani penghantar surat yang ditahan pasukan petugas khas yang menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibebaskan dengan ikat jamin.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman membenarkan lelaki berusia 27 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin RM50,000 berserta dua penjamin.

Kerani tersebut merayu supaya ikat jaminnya dikurangkan selepas mendakwa dia mempunyai tiga anak berusia dibawah empat tahun dan isteri yang tidak bekerja.

Katanya, dia juga akan menganggur akibat penahanan ini.

Namun, Majistret Nik Isfahanie mengekalkan jumlah ikat jamin tersebut.

Kerani itu membayar RM10,000 dalam bentuk wang tunai dan baki RM40,000 jaminan secara lisan oleh dua penjamin.

Tempoh remannya selama empat hari berakhir pada Rabu dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan untuk tidak melanjutkan tahanan reman kerana kenyataannya sudah direkodkan.

Dia merupakan individu kelima yang ditahan reman bagi membantu siasatan 1MDB.

Kesemua lima individu itu sudah dibebaskan.

Dia ditahan di kediamannya di Bentong pada 25 Julai dan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pada keesokan harinya.

Dia disiasat atas tuduhan rasuah.



Tags / Kata Kunci: kerani , 1MDB , bebas

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan