Pengarah Syarikat Mengaku Tak Bersalah 17 Tuduhan Pecah Amanah

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2015 1:19 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Seorang pengarah syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd pada Isnin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas 17 pertuduhan pecah amanah tidak meremit Potongan Cukai Berjadual (PCB) pekerja syarikat berjumlah lebih RM3.6 juta sejak Januari 2013.

Tan Sri Pheng Yin Huah, 67, yang tidak hadir dan diwakili penasihat undang-undang syarikat tersebut, Victor Teoh dituduh melakukan kesalahan itu membabitkan hampir 300 pekerjanya antara Januari 2013 dan Mei tahun lepas.

Ketika prosiding di hadapan Majistret Rofiah Mohamad, Teoh turut meminta penyelesaian dilakukan di luar mahkamah.

Pheng didakwa melakukan pecah amanah PCB hasil daripada lawatan audit yang dijalankan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kuala Terengganu pada 25 Jun tahun lalu.

Sebagai majikan syarikat perusahaan besi keluli yang beralamat di tingkat 31, Maju Tower, 1001, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur itu, Pheng dipertanggungjawabkan mengikut Seksyen 75 Akta Cukai Pendapatan 1967 subkaedah 10 (1) Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994 untuk membayar kepada Ketua Pengarah LHDN, cukai yang sepatutnya dipotong tidak lewat daripada hari ke-10 setiap bulan dari saraan pekerjanya selama 17 bulan tersebut.

Dia boleh dikenakan denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa LHDN Mohd Arif Zaini dan Zulhasymi Mohammad.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Tags / Kata Kunci: pecah amanah , Perwaja Steel Sdn Bhd

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan