1MDB: Pengarah Syarikat Dibebas Dengan Jaminan RM100,000

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2015 11:33 AM

Pengarah syarikat berkaitan 1MDB diikat jamin dengan dua penjamin sebanyal RM100,000, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang pengarah syarikat yang ditahan pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM100,000 pada Jumaat.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, anak guamnya dibebaskan dengan jaminan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman.

Shafee berkata, setakat ini, anak guamnya masih belum pasti kenapa dia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Apabila ditanya, majistret enggan maklumkan sebab penahanan, manakala timbalan pendakwaraya pula hanya memberitahu ia dilakukan mengikut Seksyen 17 (a)," katanya.

Pengarah Syarikat berusia 39 tahun itu yang mempunyai kaitan dengan SRC International ditahan SPRM kerana menerima rasuah sebelum berlepas ke Taiwan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).

Mahkamah sama sebelum ini mengeluarkan perintah reman selama empat hari terhadap lelaki berkenaan bermula Selasa lalu.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , KLIA2 , SPRM , Muhammad Shafee Abdullah

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan