Tony Pua Akan Fail Semakan Kehakiman Terhadap Sekatan Ke Luar Negara

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 7:48 PM

tony pua

Tony Pua.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP, Tony Pua akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar arahan sekatan terhadapnya untuk ke luar negara sekiranya Jabatan Imigresen gagal untuk memberikan sebab larangan itu dalam tempoh seminggu.

Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo pada Khamis berkata, sekatan itu adalah tidak munasabah, sambil menambah bahawa sekiranya individu boleh disekat sewenang-wenangnya, ia akan menjejaskan keupayaan Ahli Parlimen untuk menjalankan tugas mereka, kerana mereka perlu untuk membuat perjalanan ke luar negara dari semasa ke semasa.

Beliau mempersoalkan sekiranya sekatan itu mempunyai kaitan dengan kemungkinan polis sedang menyiasat Pua.

Dalam pada itu, Gobind menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menamakan pemimpin pembangkang yang didakwa mengadakan pertemuan dengan bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo di Singapura.

Tambah Gobind, DAP bersedia memberikan kerjasama sekiranya diminta oleh pihak polis untuk berbuat demikian.

Mereka yang lain turut disenaraikan dalam senaraihitam Jabatan Imigresen ialah pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong, Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli dan bekas Ketua Pegawai Pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Nik Faisal Ariff Kamil.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan