Harakah: Mahkamah Tetapkan 6 Ogos Buat Keputusan Najib

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 7:01 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memadamkan dua perenggan dalam pernyataan pembelaan Harakah dan Harakahdaily dalam saman fitnah difailkan beliau terhadap kedua-duanya, akan diputuskan pada 6 Ogos.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Najib memberitahu pemberita, dua perenggan itu merupakan salah guna proses mahkamah, tidak boleh diterima mahkamah, tidak berasas dan bertujuan untuk mengaibkan Najib.

"Harakahdaily Portal bukan sebuah akhbar, oleh itu defendan-defendan tidak boleh mendapat keistimewaan "perlindungan bersyarat'.

"Kami berhujah bahawa defendan-defendan telah gagal untuk menyatakan dengan jelas dan tepat apakah butiran yang menyokong rayuan mereka bagi komen adil," katanya.

Sementara itu peguam, Faiz Fadhil yang mewakili Harakah dan Harakahdaily, berkata, "perlindungan bersyarat' boleh diguna pakai terhadap portal berita kerana ia berkaitan dengan mana-mana isu kepentingan awam.

Najib memohon untuk memadamkan perenggan mengenai komen adil dan perlindungan bersyarat dalam pernyataan pembelaan itu.

Dalam saman difailkan pada 18 Mac tahun ini, Najib menamakan Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily, Taufek Yahya, sebagai defendan.

Saman itu berkaitan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Februari berhubung isu dana 1Malaysia Develoment Bhd (1MDB).

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib mendakwa artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang merujuk kepadanya dengan niat jahat bahawa beliau telah menyalah guna dana milik 1MDB.

Oleh itu, Perdana Menteri mendakwa akibat daripada penerbitan artikel itu, reputasinya telah terjejas dan dikecam dalam media sosial serta media massa dengan pelbagai tuduhan yang menghina dan mengaibkan.

Najib juga mendakwa Taufek telah gagal mengamalkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab untuk mengesahkan kesahihan artikel itu sebelum menerbitkannya.

Perdana Menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya bagi meneruskan agenda defendan sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti isu yang dibangkitkan.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta satu injunksi untuk menghalang defendan atau pembantu mereka menerbitkan semula artikel berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Harakah , Harakah Daily , Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan