Pemuda Didenda Kerana Belasah Ibu, Adik Perempuan

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 5:00 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemuda yang gagal mengawal sikap panas baran sehingga sanggup membelasah ibu dan adik perempuannya di rumahnya, Ahad lepas, menerima pembalasan apabila dikenakan hukuman denda RM2,400 oleh Mahkamah Majistret di sini, Khamis.

Majistret Jesseca Daimis menjatuhkan hukuman denda itu atau penjara tiga bulan terhadap Mohammad Amin Anvar, 20, seorang pekerja am di sebuah pusat beli-belah, selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mohammad Amin dituduh mencederakan ibunya Roselin Mashutu, 41, dan adik berusia 16 tahun di rumah mangsa di Jalan Ipoh, Sentul di sini, pada pukul 10.30 malam, Ahad lepas.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu selepas berang dengan sikap ibunya yang selalu membuat perbandingan antara dia dengan kakaknya dalam bidang pendidikan.

Tertuduh dikatakan bertindak memukul, menampar dan memijak badan, menarik rambut serta menumbuk muka ibunya menggunakan tangan dan kaki, manakala adik yang cuba menghalang tindakan tertuduh turut ditumbuk di bahagian muka.

Tindakan tertuduh itu menyebabkan ibunya mengalami bengkak di mata, sakit di kepala dan luka di belakang badan, manakala adiknya mengalami bengkak di muka dan sesak nafas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tags / Kata Kunci: belasah ibu , Mohammad Amin Anvar

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan