Insiden Low Yat: Ali Tinju Mengaku Tidak Bersalah

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 1:53 PM

Mohd Ali Baharom.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan semasa pergaduhan di Plaza Low Yat, Ahad lalu.

Presiden Persatuan Veteran Tentera itu didakwa kerana mengeluarkan kenyataan:'Okay, kita mahu keadilan. Ini maruah Melayu, bukan kerana seorang budak Cina menyerang ramai orang Melayu. Ini bumi Melayu. Bersatu dan serang Cina DAP yang kurang ajar."

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 pada Khamis.

Diwakil peguam K.Raghunath, Mohd Ali menyerah diri ke balai polis Dang Wangi pada Selasa selepas mengetahui bahawa dia dikehendaki polis.

"Dia telah memberikan kenyataannya dan kerjasama penuh kepada polis," kata Raghunath yang juga bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia.

Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran meminta ikat jamin ditetapkan sebanyak RM10,000.  

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes itu ditetapkan pada 30 Julai ini.

Tags / Kata Kunci: Ali Tinju , Plaza Low Yat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan