Pengarah Syarikat Didakwa Ubah Wang Haram, Pecah Amanah Berjumlah Lebih RM43 Juta

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2015 10:30 PM

wang

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

IPOH: Gara-gara pengsan ketika diambil cap jari di Balai Polis Sungai Senam, dekat sini, Rabu, seorang wanita dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini sebelum didakwa atas 21 pertuduhan pengubahan wang haram dan tujuh pertuduhan pecah amanah berjumlah RM43.45 juta.

Pengarah syarikat Blue Star Moulding Sdn.Bhd, Tan Hoo Eng, 58, bagaimanapun tidak mengaku salah atas kesemua tuduhan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rushan Lutfi Mohamed di sebuah bilik khas di hospital berkenaan.

Wanita tersebut pengsan kerana terkejut dan tertekan selepas diberitahu dia ditangkap berpandukan waran tangkap ketika di balai polis itu.

Wanita itu didakwa melakukan aktiviti pengubahan wang haram membabitkan RM25,912,989.44 dari 2008 hingga 2014.

Tertuduh antaranya didakwa menerima wang sejumlah RM714,991.08, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun semasa Blue Star Moulding di akaun Bank CIMB ke akaun miliknya di CIMB Berhad cawangan Tasik, Jalan Kuala Kangsar, Taman Tasik Jaya di sini, pada Januari 2008.

Wanita itu juga didakwa menggunakan wang sejumlah RM425,234.77 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada akaun semasa syarikat itu di CIMB ke akaun HSBC milik Lim Keck Eng, pada 13 Julai 2009 di lokasi yang sama.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan pecah amanah yang dilakukan dari 2008 hingga 2013 membabitkan RM17,544,328.11.

Tan didakwa antaranya menyalahgunakan bayaran yang dibuat oleh Syarikat Mediarex Sdn. Bhd, sebanyak RM3,413,490.65 kepada syarikat Blue Star Moulding untuk pembekalan kayu gergaji, yang mana wang tersebut telah dibayar kepada syarikat Dyera-Tim Sdn Bhd atas arahannya.

Dia didakwa melakukan kegiatan itu di premis Blue Star Moulding di Lebuh Raya Taman Ipoh di sini, antara 5 Mac 2013 dan 6 Dis 2013.

Wanita itu juga didakwa telah melakukan pecah amanah jenayah dengan membuat pengeluaran 13 keping cek CIMB milik Blue Star Moulding berjumlah RM4,532,428.19 di premis syarikat itu antara 24 Januari 2008 dan 23 Januari 2009.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun penjara, sebat dan boleh dikenakan denda.

Mahkamah membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM2 juta dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Ogos ini untuk sebutan semula kes.


Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya, Sulaiman Khoo manakala Tan  diwakili peguam Amir Faliq Mohamad Jamil.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan