Mahkamah Dengar Permohonan Najib Berhubung Saman Tony Pua 29 Julai

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2015 1:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Rabu menetapkan 29 Julai untuk mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memadamkan perenggan tertentu dalam pernyataan pembelaan difailkan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee, dalam saman berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mahkamah juga menetapkan hari ini yang sama untuk mendengar permohonan Najib untuk memadamkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan difailkan Chan Chee Kong, pemilik Mediarakyat.net portal, serta untuk mendengar permohonan Pua untuk membatalkan saman Najib.

Peguam mewakili Chan, Latheefa Koya hari ini memberitahu pemberita, ketiga-tiga permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Vazeer Alam Mydin Meera.

Beliau berkata Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi K. Pavani menetapkan tarikh itu di dalam kamar apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.

Najib, atas kapasiti peribadinya, memfailkan saman fitnah itu pada 5 Mac dan menamakan Pua, 42, dan Chan, 51, sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib berkata pada 13 Nov tahun lepas, Pua, sebagai penceramah utama pada majlis makan malam kutipan dana DAP, telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai 1MDB.

Beliau berkata rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh Chan sendiri dan/atau ejennya dalam laman YouTube Mediarakyat dan laman web Mediarakyat yang didakwa menggunakan tajuk berunsur fitnah.

Najib berkata rakaman ucapan itu mengandungi perkataan yang merujuk dan berkaitan dengan dirinya dan memfitnahnya dan individu dikenali sebagai 'perdana menteri' dan semestinya merujuk secara spesifik kepada dirinya (Najib).

Najib mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau telah merompak duit rakyat berkaitan urus niaga 1MDB dan oleh itu beliau adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak memegang jawatan awam.

Beliau berkata penerbitan perkataan-perkataan fitnah itu telah merosakkan reputasinya kerana rakaman ucapan itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.

Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, teladan, kos dan perintah injunksi bagi menahan defendan pertama dan kedua atau ejen-ejennya daripada menerbitkan lagi perkataan-perkataan fitnah itu terhadapnya.

Tags / Kata Kunci: Mahkamah , Saman , 1MDB

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan