1MDB: Saman Najib Terhadap Harakah Didengar 23 Julai

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 2:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Isnin menangguhkan kepada 23 Julai untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membatalkan dua perenggan dalam pernyataan pembelaan Harakah dan Harakahdaily dalam saman fitnah yang difailkan perdana menteri berhubung isu 1MDB.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Datuk Abu Bakar As-Sidek, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Nor Emilia Iszeham, mewakili Najib, serta peguam Mohamed Hanipa Maidin, bagi pihak Harakah dan Harakahdaily.

Mohd Hafarizam ketika ditemui pemberita berkata sepatutnya hari ini mahkamah akan mendengar permohonan itu, tetapi ditangguhkan selepas defendan pertama (Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob) memohon masa untuk meneliti dokumen berkaitan yang diperoleh Jumaat lepas

Najib memohon untuk membatalkan dua perenggan dalam pernyataan pembelaan itu, berkaitan dakwaan ulasan yang adil dan perlindungan bersyarat, yang difailkan defendan.

Najib memfailkan saman pada 18 Mac tahun ini dengan menamakan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya, sebagai defendan.

Saman itu membabitkan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Feb berkaitan isu dana 1MDB.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan bahawa beliau telah menyalah guna dana 1MDB.

Oleh itu, kata beliau, penerbitan artikel itu telah menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa.

Najib turut mendakwa Taufek gagal mengamalkan 'kewartawanan bertanggungjawab' dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulisnya sebelum menerbitkan artikel itu

Perdana menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan artikel berkenaan.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , Harakah , Perdana Menteri , Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan