Mahkamah Lanjut Perintah Halang Shamsubahrin Fitnah Mohamad Salleh di FB

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin,  melanjutkan perintah sementara bagi menghalang bekas konsultan National FeedlotCorporation Sdn Bhd (NFCorp) Shamsubahrin Ismail daripada terus memuat naik kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab sebelum ini membuat keputusan yang sama pada 8 Julai lalu dan perintah itu berakhir pada hari ini.

Mohd Zaki turut menetapkan 27 Julai untuk pendengaran injunksi yang dipohon oleh Mohamad Salleh setelah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Pada 3 Julai lalu, Mohamad Salleh yang merupakan Pengerusi Eksekutif NFCorp memfailkan saman fitnah terhadap Shamsubahrin atas dakwaan memuat naik kenyataan berunsur fitnah mengenai dirinya dalam akaun Facebook Shamsubahrin.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh mendakwa Shamsubahrin, telah memuat naik enam kenyataan berunsur fitnah membabitkan dirinya (Mohamad Salleh) dalam akaun Facebook atas nama Shamsubahrin Ismail Tom antara 19 Mei hingga 23 Jun lepas, yang boleh diakses oleh orang ramai.

Beliau berkata kenyataan-kenyataan fitnah itu dibuat selepas Hakim Mahkamah Sesyen Rozilah Salleh pada 18 Mei lepas, menjatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan terhadap Shamsubahrin atas dakwaan menipunya membabitkan RM1.75 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram.

Mohamad Salleh selaku plaintif berkata Shamsubahrin mendakwa dia dijadikan 'kambing hitam' dan disabitkan bersalah oleh mahkamah, sebagai satu cara untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia melindungi plaintif serta membolehkan Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan kes pecah amanah yang dihadapi plaintif. 

Dakwa Mohamad Salleh, perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau bersekongkol dengan isterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk mempengaruhi Hakim Rozilah dengan mensabitkan Shamsubahrin bersalah.

Selain itu, beliau mendakwa kata-kata fitnah itu turut membawa maksud beliau mempengaruhi pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara agar tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi, ganti rugi teruk, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Turut dituntut satu perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada menerbitkan semula perkataan-perkataan berunsur fitnah itu.

Mohamad Salleh diwakili peguam Al Firdaus Shahrul Naing dan Syed Ismat Syed Muhamad manakala peguam Zarina Ismail mewakili Shamsubahrin.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan