Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Empat Anggota DAP

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 6:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan dikemukakan empat anggota DAP untuk mengisytiharkan pemilihan parti pada kongres kebangsaan pada 29 September 2013 adalah tidak sah dan batal.

Dalam penghakimannya, Hakim Vazeer Alam Mydin Meera berkata permohonan oleh Tay Kok Beng, Tan Kim Seng, Law Theng Hooi dan Wong Yu Liuh merupakan salah guna proses mahkamah.

Beliau memutuskan pertikaian dikemukakan oleh anggota parti politik adalah di luar bidang kuasa mahkamah mengikut Seksyen 18(c) Akta Pertubuhan 1966.

Katanya hanya Pendaftar Pertubuhan (RoS) mempunyai kuasa untuk mengarahkan anggota parti yang berbalah untuk menyelesaikan isu mereka.

"Saya sedar dengan hakikat bahawa kuasa mahkamah untuk menolak tindakan itu perlu dilakukan dalam kes yang benar-benar jelas. Saya berpuas hati bahawa tindakan ini tidak boleh diteruskan dan patut ditolak dengan kos RM10,000," katanya.

Vazeer berkata beliau bersetuju dengan hujahan peguam Gobind Singh Deo, mewakili Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan 18 defendan yang lain bahawa keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) 2008-2010 yang dibuat pada 22 Ogos 2013 tidak boleh dicabar di mahkamah.

Saman itu difailkan pada 23 Februari tahun ini dan selain Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, 18 lagi defendan yang dinamakan dalam saman itu termasuk Anggota Parlimen (MP) Ipoh Barat M. Kulasegaran, MP Gelang Patah Lim Kit Siang dan MP Seputeh Teresa Kok, yang memenangi kerusi CEC dalam pemilihan itu.

Dalam pernyataan tuntutan, para plaintif menyatakan keputusan pemilihan CEC pada 29 September 2013 adalah tidak sah kerana pemilihan itu tidak mengikut perlembagaan parti.

Mereka mendakwa pemilihan itu tidak sah kerana wujud kesamaran dan kekeliruan tentang kewujudan tambahan 120 cawangan parti antara 15 Disember 2012 dan 23 September 2013 kerana ia tidak pernah diluluskan oleh RoS.

Plaintif memohon diisytiharkan bahawa pemilihan CEC pada tarikh itu adalah tidak sah dan batal dan dijalankan tanpa mengikut undang-undang, serta bagi mengadakan pemilihan CEC.

Tags / Kata Kunci: DAP , kongres kebangsaan , CEC , RoS

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan