Bekas Pengarah Linear Corporation Didakwa Kemuka Kenyataan Palsu

Diterbitkan: Khamis, 9 Julai 2015 11:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah Linear Corporation Bhd (Linear), Alan Rajendram a/l Jeya Rajendram, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Khamis kerana memberi kebenaran mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd pada 29 Disember 2009.

Dalam kenyataan pada Khamis, Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkata anak syarikat milik penuh Linear, LCI Global Sdn Bhd menerima projek pembinaan bernilai RM1.6 bilion yang diberikan oleh Global Investment Group, syarikat yang diperbadankan  Seychelles.

Projek itu melibatkan mereka bentuk dan membina loji pendinginan daerah dengan 350,000 RT (tan metrik penyejukan) di Manjung, Perak dan dinamakan 'King Dome Project', katanya.

SC membuat satu pertuduhan di bawah Seksyen 369(b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).

Hakim Mahkamah Sesyen Norsharidah Awang menetapkan jaminan sebanyak RM150,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Rajendram menyerahkan pasport serta melapor diri di balai polis Pulau Tikus, Pulau Pinang pada setiap bulan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan