Mahkamah Benar Injuksi Interim Halang Palanivel Jalankan Tugas Presiden MIC

Diterbitkan: Isnin, 6 Julai 2015 6:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan injuksi interim yang menghalang Datuk Seri G. Palanivel daripada menjalankan tugasnya sebagai presiden MIC.

Injuksi interim itu diberikan oleh pesuruhjaya kehakiman, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Ia menghalang Palanivel daripada menggelarkan dirinya sebagai presiden parti, mengadakan mesyuarat atau meluluskan resolusi bagi pihak MIC.

Permohonan itu difailkan oleh pengerusi cawangan Ampang Jaya, Datuk N. Maneanay @ Muneandy pada 2 Julai lalu selepas beliau mendapat kebenaran daripada Jwatankuasa Kerja Pusat (CWC) interim MIC 2009.

Beliau berkata, permohonan itu difailkan untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan anggota MIC, terutama pengerusi cawangan.

"Saya bertindak di atas kapasiti peribadi kerana anggota-anggota keliru mengenai apa yang telah berlaku. Sebagai pengerusi cawangan, saya merasakan saya perlu berbuat sesuatu," kata Manaeanay pada sidang media, Isnin.

Terdahulu, Palanivel dilaporkan berkata, pencalonan untuk cawangan akan diadakan pada 15 dan 16 Julai, dan pemilihan dari 24 hingga 26 Julai.

Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr S. Subramaniam bagaimanapun berkata, CWC telah memutuskan bahawa pencalonan untuk cawangan akan diadakan pada 10 hingga 12 Julai, dan pemilihan dari 20 hingga 26 Julai.

Tags / Kata Kunci: MIC , Palanivel

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan