Aidilfitri: Bekalan Elektrik Di Seluruh Negara Mencukupi - TNB - Berita Mahkamah | mStar

Aidilfitri: Bekalan Elektrik Di Seluruh Negara Mencukupi - TNB

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2015 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

ARAU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa berusaha memastikan bekalan elektrik di seluruh negara mencukupi terutama di kawasan strategik dan memerlukan banyak bekalan, kata Naib Presiden TNB (Penghantaran) Datuk Rozimi Remeli.

Beliau berkata antara pendekatan diambil bagi memastikan perkara itu ialah melaksanakan program melengkapkan infrastruktur pembekalan tenaga elektrik di setiap kawasan mengikut keperluan jangka panjang.

Langkah jangka panjang itu membabitkan perancangan tujuh atau lapan tahun sebelum berlaku bebanan keperluan, katanya kepada pemberita pada program Ihya Ramadan TNB Negeri Perlis di Masjid Al-Ittifaqiah, Mengkuang Layar, Tambun Tulang di sini, Khamis Malam.

Pada majlis itu, Rozimi menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada 50 penerima terdiri daripada warga tua dan anak yatim dalam qariah Mengkuang Layar dan RM2,000 kepada masjid Al-Ittifaqiah.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Simpang Empat Nurulhisham Yaacob dan Pengurus Besar TNB Perlis Abd Aziz Yaacob.

Tags / Kata Kunci: Aidilfitri , TNB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan